A.S Izinkan Pengganas Merentasi Kawasan Berhampiran Kem Tentera Mereka: Rusia

  • News Code : 859781
  • Source : ABNA24
Brief

Rusia mengatakan bahawa Amerika Syarikat membenarkan kumpulan pengganas Takfiri Daesh beroperasi berhampiran dengan posisi mereka di Syria sambil menuntut Washington untuk menjelaskan mengapa para pengganas menikmati kebebasan bergerak di kawasan sempadan di mana Pentagon membina pangkalan tentera mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia mengatakan bahawa Amerika Syarikat membenarkan kumpulan pengganas Takfiri Daesh beroperasi berhampiran dengan posisi mereka di Syria sambil menuntut Washington untuk menjelaskan mengapa para pengganas menikmati kebebasan bergerak di kawasan sempadan di mana Pentagon membina pangkalan tentera mereka.

Amerika Syarikat sebelum ini telah mengisytiharkan kawasan sepanjang 55 kilometer (34 batu) di sekitar al-Tanf sebagai "kawasan nyah-konflik" dan hanya membenarkan angkatan tentera pakatan yang diketuainya untuk memasukinya.

Mereka sama sekali menghalang tentera Syria untuk memasuki kawasan tersebut. Al-Tanf terletak di kawasan di mana sempadan Syria, Iraq dan Jordan bertemu sekaligus meningkatkan nilai strategiknya.

Kementerian Pertahanan Rusia mempersoalkan bagaimana sekitar 300 orang anggota pengganas kumpulan Takfiri Daesh dibenarkan untuk menyeberangi kawasan yang berada di bawah pantauan tentera AS dan selepas itu keluar untuk mewujudkan halangan di sebuah jalan penting yang menghubungkan ibu kota Syria, Damsyik, dan bandar Deir ez-Zour, lapor agensi berita Sputnik Rusia pada hari Rabu.

Mereka berkata bahawa jalan yang disasarkan oleh Daesh selama ini digunakan oleh pihak Syria untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada orang awam dan menyampaikan bekalan ketenteraan untuk pasukan tentera negara itu. Pihak kementerian itu turut menggesa "pihak A.S untuk menjelaskan tindakan mereka yang menutup mata secara selektif ke atas (aktiviti) militan" yang beroperasi berhampiran dengan kedudukan tentera mereka di Syria.

Deir ez-Zour adalah sebuah bandar yang terletak di sebuah wilayah yang mempunyai nama yang sama dengan bandar itu. Wilayah itu merupakan salah sebuah kawasan yang menjadi salah satu kubu terakhir kumpulan pengganas Daesh di Syria. Oleh kerana itu, kawasan itu kerap menyaksikan pertempuran di antara kumpulan pengganas dengan pihak tentera Damsyik yang disokong oleh pasukan udara Rusia.

Amerika Syarikat telah lama dituduh bersubahat dengan Daesh dalam menyediakan laluan yang selamat dan sokongan logistik kepada anggota kumpulan Takfiri tersebut di zon konflik. Laporan-laporan yang disiarkan pada bulan lalu turut mengatakan bahawa tentera A.S telah beberapa kali memindahkan pengganas Daesh Takfiri ketika tentera Syria sedang membuat kemajuan di Deir ez-Zour. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram