A.S Kekalkan Tentera Di Syria Untuk Jaga Air Muka: Penganalisis

A.S Kekalkan Tentera Di Syria Untuk Jaga Air Muka: Penganalisis

Seorang penganalisis mengatakan bahawa strategi Amerika Syarikat di Syria sama sekali telah menemui kegagalan sambil menambah bahawa keputusan Washington untuk mengekalkan pasukannya di negara Arab yang dilanda perang tersebut sekadar untuk "menyelamatkan air muka" mereka sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang penganalisis mengatakan bahawa strategi Amerika Syarikat di Syria sama sekali telah menemui kegagalan sambil menambah bahawa keputusan Washington untuk mengekalkan pasukannya di negara Arab yang dilanda perang tersebut sekadar untuk "menyelamatkan air muka" mereka sendiri.

"Apa yang berlaku di Syria adalah kegagalan yang berganda-ganda. Para pegawai Amerika terus membuat kesilapan secara strategik... , anda baharu sahaja melihat kegagalan strategi yang sangat besar - strategi yang pada asasnya bermaksud untuk menggunakan pihak Kurdis sebagai ISIS 2.0 atau al-Qaeda 3.0 sama sekali telah gagal memandangkan bahwa para pemerintah Turki kini memutuskan untuk... melindungi Syria secara wajar," kata Scott Rickard, bekas ahli perisik bahasa Amerika Syarikat yang bercakap kepada Press TV dalam sebuah temu ramah pada hari Jumaat.

"Jadi sekarang anda melihat satu peristiwa yang serius di mana Amerika telah kehilangan sekutu NATO mereka di dalam usaha mereka untuk meneruskan jenayah perang terhadap kerajaan Syria. Ini adalah perkembangan yang baik buat warga awam Syria dan untuk [Presiden Syria Bashar] al-Assad juga. Sepastinya, perkara ini turut menunjukkan bahawa strategi Amerika Syarikat telah gagal sejak dari awal lagi hingglah ke saat ini," tambahnya.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram