A.S Posisikan Diri Mereka Sebagai Sekutu Pengganas Apabila Menyerang Pangkalan Udara al-Sha'irat: Kementerian Pertahanan Syria

A.S Posisikan Diri Mereka Sebagai Sekutu Pengganas Apabila Menyerang Pangkalan Udara al-Sha'irat: Kementerian Pertahanan Syria

Jeneral Staf Syria memanggil serangan peluru berpandu Amerika Syarikat ke atas pangkalan udara al-Sha'irat sebagai sebuah pencabulan 'terang-terangan' yang disasarkan ke atas tentera negara Arab itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jeneral Staf Syria memanggil serangan peluru berpandu Amerika Syarikat ke atas pangkalan udara al-Sha'irat sebagai sebuah pencabulan 'terang-terangan' yang disasarkan ke atas tentera negara Arab itu.

Kementerian Pertahanan Syria turut menambah dengan mengatakan bahawa serangan itu meletakkan A.S sebagai sekutut kepada kumpulan pengganas seperti Daesh dan Jabhat Fatah al-Sham (dahulunya dikenali sebagai Jabhat al-Nusra).

"Tindakan pencabulan itu menunjukkan bahawa Amerika Syarikat terus-menerus mengamalkan stragegi salah yang menganggu usaha Angakatan Bersenjata Syria dalam memerangi keganasan sekaligus menjadikan A.S sebagai sekutu kepada IS (Daesh) dan Barisan al-Nusra. Di mana, kumpulan itu sejak awal peperangan lagi telah menyasarkan pusat pemeriksaan dan kem tentera Syria," baca kenyataan itu.

"(Insiden ini adalah) sebuah pencabulan ke atas pangkalan udara kami di wilayah sentral. Serangan perluru berpandu itu menyebabkan kematian 6 orang dan beberapa yang lain turut mengalami kecederaan. Kehilangan perkasasan dan kelengkapan yang besar juga menyusul serangan itu," baca kenyataan otu lagi.

Awal hari itu, gabenor Homs berkata bahawa sekurang-kurangnya 2 warga awam terbunuh di dalam serangan itu manakala 7 yang lain pula mengalami kecederaan berikutan serangan itu.

A.S melancarkan 59 buah peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara al-Sha'irat yang terletak berdekatan Homs pada lewat hari Khamis. Presiden Trump mendakwa bahawa serangan itu adalah tindak balas Washington berikutan dakwaan bahawa Assad menggunakan senjata kimia ke atas Idlib.

Damsyik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut sambil mengatakan bahawa penggunaan senjata itu dari pihak mereka tidak masuk akal dan hanya merugikan mereka sahaja.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram