A.S Tidak Akan Benarkan Daesh Musnah: Hizbullah

  • News Code : 859469
  • Source : ABNA24
Brief

Setiausaha Agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah berkata bahawa Amerika Syarikat bukan sahaja tidak berminat untuk menghapuskan Daesh, bahkan mereka turut memberikan bantuan kepada kumpulan pengganas Takfiri tersebut melalui kem-kem tentera yang mereka bina di Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah berkata bahawa Amerika Syarikat bukan sahaja tidak berminat untuk menghapuskan Daesh, bahkan mereka turut memberikan bantuan kepada kumpulan pengganas Takfiri tersebut melalui kem-kem tentera yang mereka bina di Syria.

Syed Hassan Nasrallah membuat kenyataan itu ketika menyampaikan ucapannya di dalam sebuah majlis yang dianjurkan di pekan al-Ain sempena memperingati dua orang syuhada daripada pertubuhan tersebut.

Majlis tersebut dianjurkan selepas seorang pemerintah gerakan bersenjata Hizbullah, Ali al-Hadi al-Asheq bersama seorang pejuang pertubuhan itu Mohammad Nasserdine terbunuh ketika bertempur dengan pengganas Takfiri Daesh di Syria pada minggu lepas.

"Hanya Amerika Syarikat sahaja yang tidak akan membenarkan Daesh musnah secara mutlak," kata Nasrallah di dalam ucapannya.

Menurut Nasrallah, A.S membantu Daesh melalui kem mereka yang terletak di wilayah Raqqah, Syria dan di kawasan sempadan Jordan-Syria. Beliau menambah dengan mengatakan bahawa para pengganas Takfiri Daesh mendapatkan latihan mereka di kem-kem ini.

"Tentera Udara A.S juga tidak membenarkan tentera Syria dan pasukan 'Muqawwamah' untuk mara ke arah posisi Daesh," tambahnya.

Beliau kemudian berkata bahawa di sebalik kesukaran yang ditimbulkan oleh pihak tentera A.S, usaha untuk menghapuskan Daesh perlu diteruskan. Menurut beliau, "Jikalau kami tidak meneruskan peperangan ke atas Daesh, kumpulan Takfiri ini akan kembali menyerang dan meneruskan kempen keganansan dan pembunuhan beramai-ramai mereka." -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram