A.S Tolak Hak Rakyat Palestin Kembali Ke Wilayah Diduduki

A.S Tolak Hak Rakyat Palestin Kembali Ke Wilayah Diduduki

Washington bersedia untuk mengumumkan bahawa ia tidak lagi mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk kembali ke wilayah diduduki rejim Zionis, lapor media Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Washington bersedia untuk mengumumkan bahawa ia tidak lagi mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk kembali ke wilayah diduduki rejim Zionis, lapor media Israel.

Menurut Hadashot News semalam, pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (A.S), Donald Trump akan membuat pengumuman itu dalam masa terdekat.

Malah, ia menambah bahawa hanya satu juta warga Palestin layak diberikan status pelarian.

Dakwaan itu bertentangan dengan statistik dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa terdapat sekitar lima juta rakyat Palestin yang berstatus pelarian.

Awal bulan ini, majalah Foreign Policy menerima e-mel yang ditulis oleh Jared Kushner iaitu penasihat dan menantu Trump yang ditujukan kepada pegawai kanan senior A.S mendesak mereka untuk memberi tekanan kepada Jordan dalam usaha menghapuskan status pelarian berjuta-juta rakyat Palestin.

Washington sebelum ini telah banyak kali enggan mengiktiraf keturunan pelarian Palestin sebagai pelarian.

Pada Januari lalu, A.S telah mengambil langkah drastik apabila memotong bantuan dana yang disalurkan kepada Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pela­rian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

Terbaru, A.S telah membatalkan bantuan dana bernilai lebih AS$200 juta (RM818 juta) kepada penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Menurut pegawai kanan di Jabatan Negara A.S, keputusan itu dibuat atas arahan Trump selepas mengkaji program-program bantuan yang diberikan kepada wilayah-wilayah Palestin.

Bantuan dana berjumlah AS$­200 juta bagi program di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat kini akan disalurkan kepada projek-projek yang lebih menjadi keutamaan di tempat-tempat lain. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

conference-abu-talib
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky