A.S Ugut Palestin

A.S Ugut Palestin

Amerika Syarikat (AS) bercadang memutuskan bantuan bernilai AS$25 juta (RM103.8 juta) kepada enam hospital yang merawat penduduk Palestin di Baitulmaqdis, kata pegawai Jabatan Negara mengesahkan semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (AS) bercadang memutuskan bantuan bernilai AS$25 juta (RM103.8 juta) kepada enam hospital yang merawat penduduk Palestin di Baitulmaqdis, kata pegawai Jabatan Negara mengesahkan semalam.

Pegawai itu berkata, keputusan terbabit susulan satu arahan Presiden Donald Trump bagi meneliti bantuan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) selain di Tebing Barat dan Gaza bagi memastikan dana ini dibelanjakan menurut kepentingan AS dan memberi nilai kepada pembayar cukai negara itu.

Pihak berkuasa Palestin membantah sekeras-kerasnya keputusan Trump pada Disember 2017 untuk mengiktiraf bandar bertelingkah, Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Mereka menuduhnya menggunakan bantuan sebagai jalan kasar memaksa mereka kembali ke rundingan damai dengan Israel.

Pentadbiran Trump tahun ini memutuskan dana kepada agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) dan memotong sekitar AS$200 juta (RM830.38 juta) bayaran oleh USAID kepada penduduk Palestin. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky