Afghanistan Berkabung

Afghanistan Berkabung

Afghanistan mengisytiharkan hari berkabung ketika bilangan korban letupan ambulans di ibu kota negara itu meningkat kepada sekurang-kurangnya 103.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Afghanistan mengisytiharkan hari berkabung ketika bilangan korban letupan ambulans di ibu kota negara itu meningkat kepada sekurang-kurangnya 103.

Seramai 235 lagi cedera dalam serangan tengah hari semalam, yang didakwa dilancarkan Taliban.

Tragedi itu mencetuskan panik di Kabul dan menyebabkan hospital sesak dengan mangsa.

Serangan itu adalah antara yang terburuk berlaku di negara itu dalam masa beberapa tahun.

Kabul kini diletakkan dalam keadaan paling berjaga-jaga dan bendera negara dikibarkan separuh tiang.

Keadaan di tengah Kabul sunyi sepi hari ini, dengan tidak banyak kenderaan dan orang ramai di jalan raya.

Sementara itu, pusat pemeriksaan dipertingkatkan, terutama di jalan raya berhampiran lokasi kejadian.

Amaran keselamatan juga dikeluarkan hari ini memaklumkan militan Daesh yang mendakwa melakukan serangan ke atas pejabat Save the Children di timur Afghanistan, Rabu lalu, merancang menyerang pasar raya dan kedai yang kerap dikunjungi warga asing di Kabul. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram