Afghanistan Umum Gencatan Senjata Dengan Taliban

Afghanistan Umum Gencatan Senjata Dengan Taliban

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani hari ini mengumumkan gencatan senjata tanpa syarat buat pertama kalinya dengan kumpulan Taliban namun tidak dengan kumpulan militan lain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani hari ini mengumumkan gencatan senjata tanpa syarat buat pertama kalinya dengan kumpulan Taliban namun tidak dengan kumpulan militan lain.

Keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan mesyuarat dengan golongan ulama yang mengeluarkan fatwa menentang pengeboman bunuh diri, minggu ini.

Kumpulan ulama itu turut mencadangkan agar gencatan senjata diadakan dengan Taliban dan dipersetujui Ashraf yang kemudian menetapkan tarikh 20 Jun ini sebagai tarikh kuat kuasa gencatan berkenaan.

Sebelum ini beliau pernah mendesak gencatan senjata dengan Taliban namun ini merupakan tawaran tanpa syarat sejak beliau dilantik pada 2014. - REUTERS


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky