Ahed Dibebas Selepas Dijel 8 Bulan

Ahed Dibebas Selepas Dijel 8 Bulan

Seorang remaja perempuan Palestin, Ahed Tamimi dibebaskan hari ini selepas menjalani hukuman penjara selama lapan bulan atas kesalahan menampar dua anggo­ta tentera Israel sebelum ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang remaja perempuan Palestin, Ahed Tamimi dibebaskan hari ini selepas menjalani hukuman penjara selama lapan bulan atas kesalahan menampar dua anggo­ta tentera Israel sebelum ini.

Rakaman video Ahed menampar anggota tentera tersebut sebelum ini menjadi tular dalam media sosial sehingga beliau di­puji kerana keberaniannya dan dianggap sebagai simbol kekuatan penduduk Palestin.

Ahed dan ibunya dikenakan hukuman penjara lapan bulan selepas perbicaraan di mahkamah tentera Israel mendapati mereka bersalah menampar anggota tentera Israel pada Disember tahun lalu di kawasan Nabi Saleh di Tebing Barat.

Keberanian Ahed juga menda­pat pujian daripada Presiden Pa­­lestin, Mahmoud Abbas menyebabkan akaun media sosialnya menerima jutaan sokongan.

Namun, Israel beranggapan Ahed hanya digunakan oleh keluarganya sebagai bahan provokasi termasuk penularan beberapa video remaja itu sebelum ini yang berani berdepan dengan tentera Israel.

Ahed ditahan pada 19 Disember lalu iaitu empat hari selepas insiden tersebut dan beliau berusia 16 tahun ketika itu.

Selain ibunya, turut ditahan sepupunya iaitu Nour namun gadis itu dibebaskan dari penjara pada Mac lalu.

Dalam video tersebut, kelihatan Ahed dan Nour menggesa anggota tentera Israel meninggalkan kawasan tersebut sebelum menyepak dan menampar mereka.

Bagaimanapun, anggota tentera Israel dalam video tersebut tidak memberi tindak balas dan beredar selepas ibu Ahed masuk campur. – AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky