Ahli Perundangan Arab Israel Diusir

Ahli Perundangan Arab Israel Diusir

Ahli perundangan Arab Israel diusir dari Parlimen hari ini, ketika berdiri untuk membantah ucapan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ahli perundangan Arab Israel diusir dari Parlimen hari ini, ketika berdiri untuk membantah ucapan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence.

Anggota gabungan parti Arab, Joint List, berikrar memulaukan ucapan Pence bagi membantah keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel pada 6 Disember lalu.

Sebahagian ahli Parlimen mula menjerit dan memegang tanda bantahan pada awal ucapan Pence, sebelum mereka diusir keluar. - AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky