Aktivis Pro-Palestin Cedera Ditembak

Aktivis Pro-Palestin Cedera Ditembak

Seorang aktivis warga Norway ditembak sebanyak dua kali oleh tentera Israel di Tebing Barat ketika dia menyertai protes menentang rejim Tel Aviv.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang aktivis warga Norway ditembak sebanyak dua kali oleh tentera Israel di Tebing Barat ketika dia menyertai protes menentang rejim Tel Aviv.

Anggota Gerakan Solidariti Antarabangsa, Kristin Foss turut cedera dalam kejadian di perkampungan Kafr Qaddum berhampiran Nablus di mana penunjuk perasaan Palestin membantah penutupan laluan utama ke kampung jiran selama tujuh tahun.  

"Saya masih tidak percaya ditembak ketika saya mengangkat tangan dan jelas tidak mencetuskan sebarang ancaman. Saya ada rakaman video untuk membuktikan perkara itu," katanya ketika diwawancara menerusi Skype, semalam.

Jelasnya, ribuan penduduk Palestin telah ditembak menggunakan peluru hidup dan getah ketika mereka menuntut hak asasi masing-masing.

"Kes saya mendapat perhatian media, namun nasib mereka tidak dihiraukan," ujarnya lagi. - Press TV 


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky