Al-Baghdadi Lari Ke Afghanistan?

Al-Baghdadi Lari Ke Afghanistan?

Pemimpin kumpulan militan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi dilaporkan melarikan diri ke Afghanistan melalui Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin kumpulan militan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi dilaporkan melarikan diri ke Afghanistan melalui Iran.

Menurut sumber keselamatan Pakistan, al-Baghdadi telah memasuki wilayah Nangarhar terletak di timur Kabul selepas dia merentasi bandar Zahedan yang bersempadan dengan hujung barat daya Afghanistan.

Difahamkan, pemimpin Daesh terbabit melarikan diri kerana mahu mengelak 'Operasi Pusingan' untuk memerangi Daesh yang dilancarkan pakatan antarabangsa pada minggu lalu.

Operasi peringkat ketiga itu adalah usaha berterusan untuk membersihkan kubu kuat Daesh yang telah menyebabkan keganasan di bandar Hajin, al-Baghouz dan al-Sussa berhampiran sempadan Iraq. - Middle East Monitor


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky