Al-Qaeda Kekal Paling Berkuasa

Al-Qaeda Kekal Paling Berkuasa

Jaringan global kumpulan militan al-Qaeda kekal sangat berdaya tahan, sekali gus menimbulkan lebih banyak ancaman di sesetengah wilayah berbanding militan Daesh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jaringan global kumpulan militan al-Qaeda kekal sangat berdaya tahan, sekali gus menimbulkan lebih banyak ancaman di sesetengah wilayah berbanding militan Daesh.

Menurut laporan dihantar ke Majlis Keselamatan PBB (UNSC), al-Qaeda di Semenanjung Arab (Aqap) yang berpangkalan di Yaman adalah hab komunikasi bagi kumpulan militan secara keseluruhan.

"Sekutu al-Qaeda tetap jadi ancaman keganasan yang dominan di beberapa wilayah seperti Somalia dan Yaman. Di Afrika Barat dan Asia, kumpulan dikaitkan dengan al-Qaeda menimbulkan ancaman serius sebagai sekutu Daesh yang kini masih tidak dapat capai kedudukan dominan.

"Bagaimanapun, negara anggota PBB melihat potensi hubungan antara al-Qaeda dengan Daesh untuk menyokong satu sama lain dan memberi amaran bahawa sesetengah kawasan boleh menjadi ancaman baharu," menurut laporan itu.

Pemantau PBB turut menyifatkan al-Qaeda kekal berdaya tahan meskipun Daesh kehilangan kuasa di Syria dan Iraq, tahun lalu.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram