Amnesty Desak AC Milan, Juventus Pulau Kejohanan Di Riyadh

Amnesty Desak AC Milan, Juventus Pulau Kejohanan Di Riyadh

Pertubuhan Amnesty International, hari ini menggesa kelab bola sepak terkemuka, AC Milan dan Juventus, tidak menyertai Piala Super Itali, pertandingan yang bakal dihoskan Arab Saudi Januari tahun depan, berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertubuhan Amnesty International, hari ini menggesa kelab bola sepak terkemuka, AC Milan dan Juventus, tidak menyertai Piala Super Itali, pertandingan yang bakal dihoskan Arab Saudi Januari tahun depan, berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

“Walaupun sebelum pembunuhan ngeri Jamal Khashoggi, rekod hak asasi manusia Arab Saudi sangat teruk.

“Kelab ternama seperti Juventus dan AC Milan perlu faham pembabitan mereka dalam acara sukan di negara itu bolah digunakan sebagai bentuk ‘pembasuhan minda sukan’,” kata ketua dasar Amnesty International United Kingdom, Allan Hogarth.

Khashoggi, wartawan Arab Saudi yang lantang mengkritik kerajaan negaranya, dibunuh selepas memasuki konsulat negara itu di Istanbul pada 2 Oktober lalu untuk mengambil dokumen bagi mengahwini tunangnya, seorang wanita Turki.

“Kami menggesa kelab Itali supaya berfikir dua kali mengenai petunjuk ini yang dihantar kepada peminat sukan seluruh dunia dan aktivis berani yang menyokong hak asasi manusia di Arab Saudi,” kata Hogarth.

Laporan menyatakan mayat Khashoggi dikerat oleh pasukan yang dihantar dari Arab Saudi untuk menutup mulut wartawan itu, yang kerap mengkritik Putera Mahkota Mohammed bin Salman menerusi tulisannya.

Pembunuhan itu memberi tamparan hebat kepada imej Arab Saudi, yang cuba diperbaiki Putera Mohammed sejak pelantikannya sebagai pewaris takhta tahun lalu.

Piala Super Itali 2018/2019 dijadualkan pada Januari 2019 di Riyadh, dan menemukan pemenang tahun lalu, Juventus, bertemu naib juara, AC Milan. — AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky