Anak Pemimpin Daesh Maut

Anak Pemimpin Daesh Maut

Anak lelaki pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi dilaporkan terbunuh di bandar Homs di Syria, menurut saluran berita kumpulan militan, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Anak lelaki pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi dilaporkan terbunuh di bandar Homs di Syria, menurut saluran berita kumpulan militan, semalam.

"Hudayfah al-Badri maut dalam operasi ke atas Nusayriyyah (komuniti Alawite) dan Rusia di stesen jana kuasa terma di Homs," jelas satu kenyataan.

Sehingga kini, lokasi sebenar dan keadaan sebenar al-Baghdadi masih tidak diketahui, namun pemimpin Daesh terbabit dipercayai masih hidup.

Sebelum ini, beberapa laporan mendakwa dia terbunuh atau cedera dalam serangan yang dilancarkan selepas al-Baghdadi mengisytiharkan pembentukan kerajaan khalifah di Mosul pada 2014.

Difahamkan, mesej terakhir pemimpin Daesh itu diperoleh menerusi rakaman audio berdurasi 46 minit dikeluarkan pertubuhan berita al-Furqan pada September lalu yang mana al-Baghdadi menggesa pengikutnya di seluruh dunia melancarkan serangan terhadap Barat dan meneruskan perjuangan di Iraq serta Syria. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky