Angka Kematian Penduduk Palestin Terus Meningkat

Angka Kematian Penduduk Palestin Terus Meningkat

Tentera rejim Zionis membunuh sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin dalam demonstrasi antara yang terbesar dianjurkan sepanjang sempadan Gaza-Israel sejak beberapa tahun ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera rejim Zionis membunuh sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin dalam demonstrasi antara yang terbesar dianjurkan sepanjang sempadan Gaza-Israel sejak beberapa tahun ini.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, lebih daripada 1,400 yang lain cedera dalam insiden itu.

Antara yang terkorban semalam ialah remaja 16 tahun dan seorang petani di Gaza.

Kebanyakan yang terbunuh akibat terkena tembakan.

"Sekolah, universiti dan institusi kerajaan akan ditutup hari ini selepas pengumuman hari berkabung bagi memperingati mereka yang terkorban oleh Presiden Mahmoud Abbas," menurut kenyataan pihak berkuasa Palestin.

Tentera Israel berkata, tenteranya menggunakan cara menyuraikan rusuhan dan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan dan sebahagian mereka menggolekkan tayar terbakar dan membaling batu di pagar sempadan dan ke arah tentera.

Ketegangan memuncak sepanjang sempadan kerana bantahan itu yang diadakan berkebetulan dengan sambutan Good Friday oleh penduduk Yahudi dan Kristian.

Beratus penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak, berarak ke kem dalam acara digelar 'Perarakan Kepulangan Besar-besaran' yang mendapat sokongan pemerintah Islam Gaza, Hamas. - Al Jazeera


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky