Ankara Dan Tel Aviv Pandang Positif 'Pencabulan A.S' Ke Atas Syria

Ankara Dan Tel Aviv Pandang Positif 'Pencabulan A.S' Ke Atas Syria

Turki dan Israel menganggap positif tindakan Amerika Syarikat yang menyerang Syria pada hari ini walaupun perkara itu gagal mendapat restu PBB.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Turki dan Israel menganggap positif tindakan Amerika Syarikat yang menyerang Syria pada hari ini walaupun perkara itu gagal mendapat restu PBB.

Menurut CNN Turk, Timbalan Perdana Menteri Numan Kurtulmus berkata bahawa perkara itu adalah sebuah langkah positif.

"Rejim Assad perlu dihukum," kata Kurtulmus.

Sementara itu, Presiden Israel, Reuven Rivlin menyifatkan serangan peluru berpandu A.S ke atas pangkalan udara al-Sha'irat adalah sebuah contoh buat "kesemua dunia bebas."

Sebelum itu, Perdana Menteri rejim tel Aviv, Benjamin Netanyahu turut menyatakan sokongannya terhadap serangan itu.

A.S melancarkan 59 buah peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara al-Sha'irat yang terletak berdekatan Homs pada lewat hari Khamis. Presiden Trump mendakwa bahawa serangan itu adalah tindak balas Washington berikutan dakwaan bahawa Assad menggunakan senjata kimia ke atas Idlib.

Damsyik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut sambil mengatakan bahawa penggunaan senjata itu dari pihak mereka tidak masuk akal dan hanya merugikan mereka sahaja.

Setakat ini, kuasa-kuasa Barat dan sekutu mereka yang menyokong para militan Syria gagal memberikan bukti untuk menyokong dakwaan mereka itu.

Rusia pula mengecam tindakan itu sambil menyatakan bahawa A.S telah menyerang salah sebuah negara anggota PBB yang berdaulat.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky