Arab Saudi Akan Bina 5 Istana Baharu Di Sebalik Langkah Berjimat

Arab Saudi Akan Bina 5 Istana Baharu Di Sebalik Langkah Berjimat

Arab Saudi dilaporkan telah mula menganugerahkan kontrak kepada pihak terlibat untuk membina lima buah istana bagi ahli keluarga diraja di sebuah zon perniagaan di negara itu di sebalik langkah berjimat yang diambil oleh Riyadh serta kempen anti-korupsi mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Arab Saudi dilaporkan telah mula menganugerahkan kontrak kepada pihak terlibat untuk membina lima buah istana bagi ahli keluarga diraja di sebuah zon perniagaan di negara itu di sebalik langkah berjimat yang diambil oleh Riyadh serta kempen anti-korupsi mereka.

Putera Mahkota Mohammed Bin Salman di dalam sebuah persidangan antarabangsa pada Oktober lalu, mendedahkan pelan Riyadh untuk membina sebuah bandar baharu dan zon perniagaan yang dikenali sebagai NOEM . Bandar itu turut digelar sebagai bandar masa hadapan oleh sesetengah pihak. Menurut para pegawai, pelan itu akan ditampung oleh pelaburan bernilai USD 500 bilion, lapor Reuters.

Menurut sumber, istana yang dibina bagi kegunaan Raja, Putera Mahkota dan beberapa anggota keluarga diraja lain yang akan dibina di pesisiran pantai Laut Merah merupakan salah sebuah kontrak pertama yang telah dianugerahkan bagi pembinaan bandar mega itu.

Syarikat pembinaan Kumpulan Bin Ladin dilaporkan telah dianugerahkan kontrak untuk membina salah sebuah daripada istana itu selepas beberapa pemilik syarikat itu disasarkan di dalam kempen anti-korupsi Bin Salman.

Menurut para pegawai, NEOM yang dijangka akan memiliki sistem kehakiman dan perundangannya sendiri dirancang untuk menarik pelabur asing. Fokus bandar itu tertumpu di dalam industri tenaga, bekalan air, bioteknologi, pembuatan dan pelancongan.

Beberapa syarikat seperti syarikat Softbank Jepun telahpun menyatakan minat mereka untuk melabur di NEOM. Akan tetapi, tiada sebarang pelaburan konkrit telah diumumkan setakat ini.

Para pengkritik berkata bahawa projek itu sangat membazir dan tidak efektif di dalam menangani masalah yang wujud di dalam ekonomi Arab Saudi seperti pengangguran dan ketergantungannya kepada industri minyak. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram