Arab Saudi Kepung Bandar Awamiyah

  • News Code : 829948
  • Source : ABNA24
Brief

Sebuah bandar yang terletak Eastern Province, Arab Saudi telah dikepung oleh pihak keselamatan Arab Saudi selama enam hari berturut-turut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah bandar yang terletak Eastern Province, Arab Saudi telah dikepung oleh pihak keselamatan Arab Saudi selama enam hari berturut-turut.

Pihak berkuasa Arab Saudi mula melancarkan serangan ke atas bandar Awamiyah pada 10 Mei lalu dengan menggunakan senjata berat.

Rejim Riyadh berkata tindakan itu dilancarkan untuk membuka jalan bagi kerja-kerja pemusnahan sebuah kejiranan bersejarah bernama Almosara yang terletak di bandar tersebut. Riyadh berhasrat untuk melancarkan sebuah projek renovasi di tapak tersebut.

Para aktivis telah memuat naik gambar dan video yang menunjukkan pergerakan jentera berat yang diiringi dengan kenderaan berperisai milik tentera menuju ke tapak berkenaan.

Mereka juga mengatakan bahawa penduduk Awamiyah kini menghadapi masalah kekurangan bekalan air berikutan kepungan tersebut. Menurut mereka, para penduduk juga terpaksa bergantung kepada mesin janakuasa peribadi untuk mendapatkan bekalan tenaga.

Ameen Nemer, seorang aktivis yang berasal dari Awamiyah memberitahu portal berita online, Middle East Eye bahawa jalan masuk ke bandar itu turut disekat oleh pihak berkuasa Riyadh.

"Para pekerja kebersihan tidak dibenarkan masuk untuk mengutip sampah. Bomba pula tidak dibenarkan untuk menjalankan tugas memadam kebakaran di tempat yang diperlukan. Ambulans juga tidak diizinkan masuk ke Awamiyah," katanya.

"Situasi sangat sukar bagi para penduduk. Sukar untuk dibayangkan. Mereka terus-menerus melepaskan tembakan selama 24 jam. Para penduduk tidak boleh tidur," tambahnya.

Pada bulan lepas, seorang pelapor khas PBB, Leilani Farha memberi amaran berhubung projek renovasi Arab Saudi yang menurutnya mengancam warisan sejarah dan kebudayaan Awamiyah.

"Para penduduk ditekan dengan pelbagai cara termasuk memotong bekalan tenaga mereka... ," katanya. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram