Arab Saudi Mahu Bina Saluran Air Untuk Tukarkan Qatar Kepada Sebuah Pulau

Arab Saudi Mahu Bina Saluran Air Untuk Tukarkan Qatar Kepada Sebuah Pulau

Di tengah-tengah pergolakan diplomatik di antara Riyadh dan Doha, Arab Saudi dilaporkan sedang merangka sebuah projek untuk membina saluran maritim di sepanjang sempadan negara itu dengan Qatar, sekaligus menjadikan Qatar umpama sebuah pulau.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA) - Di tengah-tengah pergolakan diplomatik di antara Riyadh dan Doha, Arab Saudi dilaporkan sedang merangka sebuah projek untuk membina saluran maritim di sepanjang sempadan negara itu dengan Qatar, sekaligus menjadikan Qatar umpama sebuah pulau.

Akhbar harian Sabq, Arab Saudi, melaporkan pada hari Khamis bahawa rancangan tersebut walaubagaimanapun masih belum mendapat persetujuan rasmi.

Sebuah konsortium yang terdiri daripada sembilan firma tempatan dilaporkan akan terlibat di dalam pembinaan saluran air yang merentang dari rantau Salwa, Arab Saudi hingga ke laluan Khawr Al-Udayd, Qatar, baca laporan itu.

Saluran yang mampu menerima semua jenis kapal itu, dilaporkan mempunyai kepanjangan sebanyak 60 kilometer dan kelebaran 200 meter, tambahnya.

Kos awal pembinaan saluran maritim itu dijangka akan menelan belanja sekitar 2.8 bilion riyal Saudi (USD 750m). Pembinaan struktur itu juga dijangka mengambil masa 12 bulan untuk disiapkan.

Sementara itu, sebidang tanah di wilayah Arab Saudi yang terletak di utara saluran itu akan menjadi "zon tentera," menurut laporan tersebut.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky