Arab Saudi Puji Trump ‘Sahabat Sejati Islam’

  • News Code : 818000
  • Source : freemalaysiatoday
Brief

Pertemuan Donald Trump dengan putera raja Arab Saudi, Mohammad bin Salman, berakhir dengan kata-kata pujian Arab Saudi untuk presiden Amerika Syarikat, di samping sokongan terhadap langkah Trump mengharamkan pelawat dari beberapa negara Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertemuan Donald Trump dengan putera raja Arab Saudi, Mohammad bin Salman, berakhir dengan kata-kata pujian Arab Saudi untuk presiden Amerika Syarikat, di samping sokongan terhadap langkah Trump mengharamkan pelawat dari beberapa negara Islam.

“Arab Saudi tidak percaya langkah itu menyasarkan negara umat Islam atau agama Islam. Ia adalah keputusan berdaulat bertujuan menghalang pengganas memasuki Amerika Syarikat,” kata seorang penasihat kanan Putera Mohammad dipetik Bloomberg.

Januari lalu, Trump melarang pelarian Syria memasuki AS, selain melaksanakan sekatan 120 hari untuk mana-mana pelarian, dan 90 hari bagi rakyat Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.

Tindakan Trump itu, yang memenuhi janji sewaktu kempen pilihan raya presiden tahun lalu, menerima kecaman antarabangsa dari Jerman, Britain, Perancis dan Kanada, dan juga aktivis dan pengamal undang-undang AS.

‘Sahabat sejati umat Islam’

Pertemuan Trump dengan Putera Mohammad merupakan usaha Arab Saudi menjalinkan kembali hubungan erat dengan Washington, selepas sekian lama renggang di bawah pentadbiran Barack Obama.

Antara isu yang menjadikan hubungan Saudi-AS dingin ialah keputusan Obama menamatkan sekatan ke atas Iran selepas negara seteru Saudi itu bersetuju mematuhi kawalan antarabangsa senjata nuklear.

Dalam pertemuan itu, Putera Saudi itu turut melahirkan kebimbangan terhadap kebangkitan Iran sebagai kuasa nuklear, susulan perjanjian yang dicapai di bawah pentadbiran Obama.

“Presiden Trump dan Putera Mohammad berkongsi pandangan mengenai ancaman kemaraan Iran di rantau itu. Iran cuba mendapatkan pengiktirafan di mata dunia Islam dengan menyokong organisasi pengganas dengan tujuan mahu sampai ke Mekah, kiblat umat Islam sedunia…,” kata penasihat kanan Mohammad.

Malah, Putera Mohammad juga menyifatkan Trump seorang “sahabat sejati Islam”, katanya.

“Selepas pertemuan itu, beliau berpuas hati dengan sikap positif dan penjelasan yang diberikan Presiden Trump berkenaan pandangannya mengenai Islam, yang jauh berlawanan daripada apa yang diberitakan media.

“Putera Mohammad menganggap Presiden Trump seorang sahabat sejati umat Islam yang bakal berkhidmat kepada dunia Islam dengan cara yang belum pernah dibayangkan,” tambah penasihat putera itu, sambil membidas media yang cuba menggambarkan Trump seorang anti-Islam.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram