Arab Saudi Tidak Akan Berhenti Bom Yaman: PBB

  • News Code : 871198
  • Source : ABNA24
Brief

PBB menegaskan bahawa di sebalik gesaan terhadap Arab Saudi untuk menghentikan serangan mereka dalam rangka membuka ruang bagi bantuan kemanusiaa disalurkan, rejim Riyadh akan terus mengebom ibu kota Sana'a tanpa henti.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - PBB menegaskan bahawa di sebalik gesaan terhadap Arab Saudi untuk menghentikan serangan mereka dalam rangka membuka ruang bagi bantuan kemanusiaa disalurkan, rejim Riyadh akan terus mengebom ibu kota Sana'a tanpa henti.

"Serangan udara diteruskan sedangkan pertempuran darat dan pembedilan telah berkurangan," kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric pada hari Selasa.

Beliau juga berkata bahawa Arab Saudi telah mengebom Sana'a sebanyak 25 kali di dalam tempoh kurang daripada 24 jam sambil menambah bahawa sebahagian daripada serangan itu turut mengenai sasaran yang terletak berhampiran dengan bangunan PBB di bandar itu.

Dujarric berkata bahawa bekalan makanan PBB di Yaman kini hampir kehabisan dan tujuh buah kapal yang membawa makanan disekat oleh Riyadh daripada berlabuh di pelabuhan Hudaydah dan Salif.

Sementara itu, Majlis Keselamatan PBB turut menegaskan dengan berkata bahawa situasi kemanusiaan di Yaman berada di dalam keadaan yang sangat mendesak dan negara itu juga hampir memasuki krisis kebuluran yang teruk akibat daripada konflik yang tercetus di sana.

Lebih daripada 12,000 warga awam Yaman dilaporkan terbunuh sejak Arab Saudi mengetuai pakatan negara-negara Arab untuk menyerang Yaman. -ABNA24 


/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram