Arab Saudi Tolak Ekstradisi Suspek Pembunuh Khashoggi

Arab Saudi Tolak Ekstradisi Suspek Pembunuh Khashoggi

Pihak berkuasa Arab Saudi akan menghukum pembunuh wartawan Jamal Khashoggi, kata menteri luar negara itu hari ini sebagai maklum balas terhadap permintaan Turki untuk mengekstradisi kesemua suspek kes itu ke Istanbul.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Arab Saudi akan menghukum pembunuh wartawan Jamal Khashoggi, kata menteri luar negara itu hari ini sebagai maklum balas terhadap permintaan Turki untuk mengekstradisi kesemua suspek kes itu ke Istanbul.

“Berhubung isu ekstradisi, kesemua suspek merupakan rakyat Saudi. Mereka akan ditahan, disiasat dan dihukum di Arab Saudi,” kata Adel al-Jubeir.

Kenyataan Adel itu dibuat sehari selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan meminta proses ekstradisi 18 rakyat Saudi untuk dibicarakan di Istanbul selepas mereka dipercayai terlibat dalam pembunuhan Khashoggi di Kedutaan Saudi di ibu negara itu pada awal bulan ini. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky