AS Buka Kedutaannya Di Baitulmuqaddis

AS Buka Kedutaannya Di Baitulmuqaddis

Amerika Syarikat (AS) merasmikan pembukaan bangunan kedutaan baharunya di sini hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (AS) merasmikan pembukaan bangunan kedutaan baharunya di sini hari ini.

Presiden AS, Donald Trump turut memberikan ucapan tahniah menerusi rakaman video.

Menurut Trump, langkah memindahkan bangunan kedutaan AS ke Baitulmuqaddis membuktikan Washington kekal komited dalam memastikan keamanan di Asia Barat.

Dalam perkembangan berkaitan, Britain tiada perancangan untuk mengikut jejak langkah seperti AS dan Paraguay memindahkan bangunan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

Perdana Menteri, Theresa May masih lagi enggan bersetuju dengan langkah AS memindahkan bangunan kedutaan ke Baitulmuqaddis sebelum ini.

Dalam perkembangan berlainan, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, AS sudah kehilangan peranannya sebagai ‘orang tengah’ di Asia Barat.

“Dengan memindahkan bangunan kedutaannya, AS telah memilih untuk menjadi sebahagian daripada ‘masalah’ dan bukannya penyelesaian serta hilang peranannya sebagai orang tengah dalam proses damai di Asia Barat,” kata Erdogan. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky