AS Digesa Iktiraf Israel Penguasa Tanah Bukit Golan

AS Digesa Iktiraf Israel Penguasa Tanah Bukit Golan

Israel menggesa pentadbiran Trump mengiktiraf kedaulatannya ke atas Bukit Golan yang diduduki, sambil menjangkakan Amerika Syarikat (AS) akan memberikan persetujuan dalam masa beberapa bulan lagi, kata seorang menteri kabinet Israel hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Israel menggesa pentadbiran Trump mengiktiraf kedaulatannya ke atas Bukit Golan yang diduduki, sambil menjangkakan Amerika Syarikat (AS) akan memberikan persetujuan dalam masa beberapa bulan lagi, kata seorang menteri kabinet Israel hari ini.

Ketika ditemubual Reuters, Menteri Perisikan, Israel Katz menyifatkan cadangan mengiktiraf Israel sebagai penguasa tanah di Golan sejak 51 tahun lalu sebagai agenda utama dalam rundingan diplomatik dua hala dengan Amerika Syarikat.

Sebarang langkah yang diambil akan dilihat sebagai susulan kepada tindakan AS keluar dari perjanjian nuklear antarabangsa dengan Iran, dan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel serta pembukaan kedutaan baru AS di sana bulan ini.

Tindakan Trump dipuji Israel dan menyebabkan kebimbangan di kalangan sekutu utama Washington di Eropah.

"Kami bertemu dengan Israel bagi membincangkan pelbagai isu," kata seorang pegawai Rumah Putih, namun enggan mengesahkan sebarang butiran yang disediakan Katz mengenai Golan. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky