AS Hantar Tentera Ke Asia Timur

AS Hantar Tentera Ke Asia Timur

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan rancangan untuk menghantar ribuan anggota bersenjata dari Unit Ekspedisi Marin (MEU) negara itu ke Asia Timur.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan rancangan untuk menghantar ribuan anggota bersenjata dari Unit Ekspedisi Marin (MEU) negara itu ke Asia Timur.

Penghantaran itu sebagai sebahagian usaha menempatkan semula pasukan tenteranya dari Timur Tengah ke Pasifik sekali gus mengekang pengaruh China yang semakin meningkat di rantau tersebut.

Cadangan itu antara langkah awal Washington meningkatkan kehadiran ketenteraannya di rantau berkenaan sejajar dengan pengumuman pentadbiran Presiden Donald Trump, mengenai Strategi Pertahanan Negara (NDS) pada Januari.

Selain itu AS percaya, kehadiran MEU di Asia Timur dapat memujuk negara-negara Pasifik berdiri dibelakangnya berbanding China.

MEU terdiri daripada hampir 2,200 anggota marin yang dilengkapi aset amfibia, pesawat, kereta kebal dan senjata berat. - Press TV


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram