AS Mungkin Terlibat Di Dalam Serangan Dron Ke Atas Pangkalan Rusia Di Syria

AS Mungkin Terlibat Di Dalam Serangan Dron Ke Atas Pangkalan Rusia Di Syria

Rusia telah mengesan pesawat perisik Amerika Syarikat di ruang angkasa yang terletak di antara kem tentera Hmeimim dan dua buah bandar Syria ketika serangan dron ke atas kem tentera tersebut dilaporkan sekaligus menunjukkan bahawa Pentagon mungkin terlibat di dalam serangan itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia telah mengesan pesawat perisik Amerika Syarikat di ruang angkasa yang terletak di antara kem tentera Hmeimim dan dua buah bandar Syria ketika serangan dron ke atas kem tentera tersebut dilaporkan sekaligus menunjukkan bahawa Pentagon mungkin terlibat di dalam serangan itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa, Kementerian Pertahanan Rusia berkata bahawa 13 dron telah menyasarkan pangkalan udara Hmeimim yang terletak di wilayah Latakia dan fasiliti tentera laut yang terletak di bandar pelabuhan Tartus pada hari Sabtu.

Kementerian itu berkata pasukan tentera Rusia telah menangkis serangan itu dengan menembak jatuh tujuh dron dan merampas kawalan elektronik ke atas enam dron yang lain sebelum mendaratkannya dengan selamat. Mereka juga mengatakan bahawa serangan dron tidak menyebabkan kerosakan ke atas pangkalan terbabit.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata bahawa data yang diperlukan untuk serangan dron tersebut hanya boleh diperolehi "daripada salah sebuah negara yang mempunyai pengetahuan berkenaan navigasi satelit," tanpa menamakan negara tertentu.

"Pengaturcaraan sistem untuk mengawal pesawat udara tanpa pemandu pelancaran senjata yang dikawal oleh GPS memerlukan pengajian kejuruteraan yang hanya wujud di negara maju sahaja. Selain daripada itu, tidak semua orang mampu mengira koordinat secara tepat dengan menggunakan data pengawasan ruang," baca kenyataan itu itu.

Teknologi itu, kata kementerian tersebut, mungkin telah dipindahkan kepada kumpulan pengganas di Syria untuk melancarkan serangan berkenaan. "Kami ingin menekankan sekali lagi bahawa pengganas tidak mempunyai sebarang jenis kelengkapan seperti itu sehingga baru-baru ini."

Mereka berkata bahawa kehadiran pesawat pengintip AS yang terbang berhampiran dengan dua pangkalan Rusia tersebut pada ketika di mana serangan itu dilancarkan adalah sebuah "kebetulan yang aneh," sekaligus menguatkan spekulasi bahawa negara Rusia menyasarkan AS di dalam kenyataan itu.

Serangan dron itu datang kurang dari seminggu selepas dua orang askar Rusia terbunuh di dalam serangan mortar militan yang dilancarkan ke atas pangkalan udara Hmeimim.

Pentagon pada hari Selasa cuba menafikan sebarang penglibatan di dalam serangan ke atas pangkalan Rusia di Syria. Mejar Adrian Rankine-Galloway, jurucakap Pentagon, cuba mengimplikasikan serangan itu kepada kumpulan pengganas Daesh.

Beliau berkata Daesh sering menggunakan pesawat dron kecil yang dilengkapi dengan senjata ketika bertempur dengan pasukan pakatan AS di Syria dan Iraq, sambil menambah bahawa pesawat kecil sedemikian boleh didapati di pasaran terbuka.

Walaubagaimanapun Daesh dan kumpulan pengganas yang lain setakat ini belum membuat sebarang pengakuan berhubung serangan ke atas pangkalan Rusia. -ABNA24














Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky