AS Veto Draf Resolusi PBB Lindungi Palestin

AS Veto Draf Resolusi PBB Lindungi Palestin

Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan kuasa veto ‘yang tidak boleh dibantah’ untuk menentang draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung gesaan perlindungan terhadap penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan kuasa veto ‘yang tidak boleh dibantah’ untuk menentang draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung gesaan perlindungan terhadap penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Duta AS ke PBB, Nikki Haley menyifatkan draf resolusi yang sebelum ini diusulkan oleh Kuwait mewakili negara-negara Arab itu sebagai berat sebelah dan boleh menjejaskan proses damai antara Israel dengan Palestin.

“Resolusi tersebut menggesa supaya penduduk Palestin diberi perlindungan, tetapi tiada mana-mana pihak menyebut tentang tindakan agresif pergerakan Hamas menentang tentera Israel dan penduduk awam,” katanya.

Haley turut memberi amaran kepada Eropah dan negara-negara anggota lain jika mereka mengundi draf resolusi yang dikemukakan oleh Kuwait sejak dua minggu lalu.

Jelasnya, negara anggota yang memilih untuk mengundi resolusi ini secara tidak langsung me­nunjukkan mereka tidak berupaya terlibat dalam mana-mana rundingan melibatkan Palestin dan Israel.

Sehubungan itu, AS mengemukakan satu draf resolusi baharu menggesa Hamas dan kumpulan pejuang Islam menghentikan semua tindakan keganasan serta provokasi termasuk di sekitar kawasan sempadan Palestin dan Israel.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR) dijangka mengundi draf resolusi tersebut pada pukul 7 petang waktu tempatan.

Penyelaras Khas PBB di Asia Barat, Nickolay Mladenov sebelum ini memberi amaran bahawa pertempuran berterusan melibatkan penduduk Palestin dengan tentera Israel bakal membawa mereka ke kancah peperangan.

Sementara itu, draf resolusi memerlukan sembilan undi dan tiada penggunaan kuasa veto dari lima buah negara anggota tetap iaitu Britain, China, Perancis, Rusia dan AS. – AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky