Askar Israel Bunuh Remaja Palestin Naik Pangkat

Askar Israel Bunuh Remaja Palestin Naik Pangkat

Seorang askar Israel yang menembak mati seorang remaja lelaki Palestin berusia 17 tahun pada 2015 telah dinaikkan pangkat, kata tentera Israel semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang askar Israel yang menembak mati seorang remaja lelaki Palestin berusia 17 tahun pada 2015 telah dinaikkan pangkat, kata tentera Israel semalam.

Kolonel Yisrael Shomer kini mengetuai Brigade Nahal.

Shomer dirakam pada 3 Julai 2015 menembak Muhammad Ali-Kosba selepas remaja itu membaling batu ke arah kenderaan tentera di Tebing Barat yang diduduki.

Siasatan mendapati Shomer bertindak "mengikut prosedur untuk menangkap suspek" - yang membenarkannya menembak tembakan amaran ke udara diikuti oleh dua peluru yang ditujukan kepada kaki remaja terbabit.

Bagaimanapun, tembakan Shomer tidak tepat sebaliknya peluru mengenai dada Kosba, menurut laporan siasatan disiarkan Haaretz.

Sementara itu, B'Tselem melaporkan terdapat tiga luka tembakan, satu di muka dan dua di belakang badan remaja Palestin tersebut.

Difahamkan, tentera Israel telah menutup kes berkenaan dan memutuskan bahawa Shomer tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP). - Middle East Monitor


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky