Australia Tamatkan Bantuan Langsung Palestin

Australia Tamatkan Bantuan Langsung Palestin

Kerajaan Australia menamatkan bantuan langsung kepada pihak berkuasa Palestin, berikutan petunjuk Amerika Syarikat kemungkinan bantuan itu digunakan untuk membiayai keganasan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Australia menamatkan bantuan langsung kepada pihak berkuasa Palestin, berikutan petunjuk Amerika Syarikat kemungkinan bantuan itu digunakan untuk membiayai keganasan.

Australia telah menghantar bantuan bernilai kira-kira A$10 juta (US$7.3 juta) ke wilayah Palestin.

Mulai sekarang bantuan akan disalurkan menerusi Tabung Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang membantu 1.9 juta penduduk, kebanyakannya di Semenanjung Gaza, lapor Xinhua.

Menteri Luar, Julie Bishop pada Isnin berkata, sumbangan langsung dikatakan akan meningkatkan keupayaan badan mentadbir membantu rakyat Palestin yang terbabit dalam keganasan bermotifkan politik.

Katanya, bantuan tidak disalurkan selepas beliau menulis kepada pihak berkuasa Palestin pada Mei untuk mendapatkan jaminan ia tidak digunakan oleh rakyat Palestin yang terbabit dengan jenayah. - Bernama


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky