Bahrain Bekukan Akaun Bank Qatar

Bahrain Bekukan Akaun Bank Qatar

Bank Negara Bahrain telah mengeluarkan sebuah arahan untuk membekukan aset dan akaun bank milik entiti yang terkait dengan negara Qatar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bank Negara Bahrain telah mengeluarkan sebuah arahan untuk membekukan aset dan akaun bank milik entiti yang terkait dengan negara Qatar.

"Bank Negara (Bahrain) telah mengeluarkan sebuah arahan kepada kesemua institusi kewangan di negara ini untuk membekukan akaun, tunai, deposit, pelaburan, polisi insuran dan seluruh transaksi individu serta entiti yang disenaraikan di dalam senarai keganasan," baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Bahrain.

Arahan itu turut menuntut kesemua bank untuk membekalkan kesemua maklumat berhubung individu tersebut kepada kerajaan.

Sementara itu, Menteri Luar Qatar, Syeikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani menegaskan bahawa negaranya berhasrat untuk mengekalkan hubungan "positif" dengan Iran di sebalik pertikaian yang wujud di antara Doha dan negara-negara jiran Arabnya.

"Berhubung dengan hubungan kami dengan Iran, kesemua orang mahukan hubungan yang positif dengan Iran. Iran adalah negara jiran," tambahnya.

Di dalam perkembangan yang lain, syarikat penerbangan Iran telah menghantar lima buah pesawat yang membawa makanan ke Qatar. Negara Teluk Parsi itu menghadapi krisis makanan import apabila Arab Saudi mencetuskan sekatan ke atas negara Arab yang kecil itu.

Sebahagian penganalisis percaya bahawa Arab Saudi mengambil tindakan keras ke atas Qatar kerana yang kedua kerap bertindak secara bebas tanpa pengaruh Riyadh termasuk hubungan Doha dengan Tehran.

Pertikaian terkini di kalangan negara Teluk Parsi dikatakan sebagai perpanjangan kepada pertikaian yang pernah berlaku pada tahun 2014 apabila Arab Saudi, UAE dan Bahrain secara sementara memanggil semula duta mereka. Mereka mendakwa bahawa Qatar menyokong gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky