Bahrain Halang Pembangkang Bertanding Pilihan Raya

Bahrain Halang Pembangkang Bertanding Pilihan Raya

Parlimen Bahrain semalam meluluskan undang-undang menghalang ahli parti pembangkang yang dibubarkan daripada bertanding dalam pilihan raya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parlimen Bahrain semalam meluluskan undang-undang menghalang ahli parti pembangkang yang dibubarkan daripada bertanding dalam pilihan raya.

Ia adalah langkah membendung pembangkang sebelum pilihan raya Parlimen pada tahun ini.

Tahun lalu, mahkamah Bahrain membubarkan kumpulan pembangkang utama al-Wefaq dan National Democratic Action Society (Waad) atas alasan bahawa kedua-dua parti terbabit bersubahat menggalakkan keganasan.

Majlis Syura iaitu dewan tinggi Parlimen meluluskan undang-undang yang melarang pemimpin dan ahli politik dikaitkan dengan parti yang dibubarkan mahkamah daripada bertanding dalam pilihan raya.

“Mereka melakukan kesalahan serius melanggar perlembagaan dan undang-undang negara itu,” lapor agensi berita rasmi BNA.

Undang-undang itu sebelum ini diluluskan Dewan Perwakilan, namun masih perlu ditandatangani Raja untuk dikuatkuasakan. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky