Baitulmaqdis 'Dirampas'

Baitulmaqdis 'Dirampas'

Parlimen Israel semalam memberi kelulusan akhir kepada undang-undang bertujuan untuk menyukarkan kerajaan menyerahkan bahagian Palestin di Baitulmaqdis di bawah mana-mana perjanjian damai pada masa depan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parlimen Israel semalam memberi kelulusan akhir kepada undang-undang bertujuan untuk menyukarkan kerajaan menyerahkan bahagian Palestin di Baitulmaqdis di bawah mana-mana perjanjian damai pada masa depan.

Rang undang-undang itu memperoleh 64 undi sokongan manakala 51 menolak langkah yang menetapkan Kota Lama tersebut tidak boleh dibahagikan, sekali gus memberi tamparan baharu kepada penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.

"Undang-undang tersebut menentukan mana-mana kawasan yang dianggap Tel Aviv sebagai sebahagian daripada Baitulmaqdis perlu mendapat undi majoriti dua pertiga di Knesset atau 80 daripada 120 anggota parlimen.

"Selain itu, ia juga membolehkan takrif perbandaran Kota Lama itu diubah yang mana sektor di Baitulmaqdis boleh diisytiharkan sebagai entiti berasingan," menurut kenyataan jurucakap Knesset.

Keputusan itu dibuat sebulan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel hingga mencetuskan bantahan di seluruh dunia.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat 1967 sebelum merampas Kota Lama itu di bawah langkah yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Dov Henin dari senarai pembangkang Arab menegaskan undang-undang baharu itu wajar digelar sebagai 'undang-undang untuk halang keamanan'.

"Tidak akan ada perdamaian tanpa perjanjian di Baitulmaqdis. Undang-undang itu bermakna akan berlaku lebih banyak pertumpahan darah," ujarnya. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram