Bandar Saudi Dibedil Tentera Yaman

Bandar Saudi Dibedil Tentera Yaman

Pasukan tentera Yaman dan pasukan sekutu mereka telah melancarkan peluru berpandu balistik ke atas wilayah Jizan di Arab Saudi sebagai tindak balas terhadap serangan pasukan rejim Riyadh ke atas negara mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan tentera Yaman dan pasukan sekutu mereka telah melancarkan peluru berpandu balistik ke atas wilayah Jizan di Arab Saudi sebagai tindak balas terhadap serangan pasukan rejim Riyadh ke atas negara mereka.

Sumber ketenteraan Yaman yang enggan mendedahkan identitinya berkata bahawa peluru berpandu jarak jauh Badr-1 telah mengenai sasaran di Bandar Ekonomi Jizan, lapor rangkaian televisyen al-Masirah yang berbahasa Arab pada petang Selasa.

Terdahulu, pasukan tentera Yaman dan pasukan sekutu mereka telah melancarkan peluru berpandu balistik ke arah depot bekalan tentera negara Arab itu yang masih setia kepada bekas presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi. Depot itu dilaporkan terletak di wilayah Hudaydah, Yaman.

Sumber ketenteraan yang enggan mendedahkan identitinya berkata bahawa peluru berpandu jarak jauh tersebut menngenai sasaran yang ditetapkan dengan ketepatan yang tinggi.

Walau bagaimanapun, sumber tersebut tidak memberikan maklumat lanjut mengenai jumlah korban dan kerusakan yang disebabkan oleh bedilan itu.

Juga pada hari Selasa, pesawat tentera Saudi dilaporkan telah melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan kediaman di seluruh Yaman hingga menyebabkan kematian serta kecederaan di kalangan warga awam.

Sekurang-kurangnya lima orang awam terkorban dan lapan yang lain pula mengalami kecederaan ketika pesawat perang rejim Arab Saudi menyasarkan dua kenderaan ketika mereka sedang memandu di bandar Zabid, wilayah Hudaydah.

Jet pejuang Arab Saudi juga membedil daerah Kitaf wa al-Boqe'e yang terletak di wilayah barat laut Sa'ada, Yaman sekaligus mengakibatkan tiga korban.

Serangan pesawat perang Arab Saudi ke atas sebuah rumah yang terletak di daerah Baqim di wilayah yang sama turut mengakibatkan dua korban di pihak awam dan mencederakan beberapa yang lain.

Kementerian Hak Asasi Manusia Yaman pada 25 Mac lepas mengumumkan bahawa perang yang diketuai oleh Saudi telah mengakibatkan 600,000 orang awam terkorban atau mengalami kecederaan sejak Mac 2015.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga berkata bahawa sekitar 22.2 juta warga Yaman memerlukan bantuan makanan, termasuk 8.4 juta yang diancam oleh kelaparan yang teruk.

Seorang pegawai kanan PBB baru-baru ini memberi amaran berhubung "bencana" kemanusiaan yang wujud di Yaman sambil menyatakan bahawa terdapat peningkatan risiko berlakunya kebuluran dan penyebaran wabak kolera di negara Arab yang miskin itu.

"Kehidupan rakyat terus terjejas. Konflik semakin meningkat sejak November lepas sekaligus memaksa kira-kira 100,000 orang warga awam meninggalkan rumah mereka," kata pengarah operasi bantuan PBB, John Ging, kepada Majlis Keselamatan PBB pada 27 Februari lalu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky