Berita Tergempar: Israel Lancar Serangan Ke Atas Posisi Tentera Syria Di Quneitra

  • News Code : 825178
  • Source : ABNA24
Brief

Tentera rejim Israel telah melancarkan serangan perluru berpandu ke atas kedudukan Tentera Arab Syria yang terletak di wilayah Quneitra.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera rejim Israel telah melancarkan serangan perluru berpandu ke atas kedudukan Tentera Arab Syria yang terletak di wilayah Quneitra.

Wilayah Quneitra terletak bersempadan dengan wilayah Tebing Golan yang diduduki Israel. Perkara itu dilaporkan oleh sumber tentera kepada agensi berita Sputnik.

"Pesawat tempur musuh melancarkan dua buah peluru berpandu dari wilayah yang diduduki (Tebing Golan) pada jam 18:45 (waktu tempatan) ke atas sebuah posisi tentera kami. Serangan itu mengakibatkan kerosakan peralatan," kata sumber itu kepada Sputnik.

Menurut sumber itu, serangan itu dilancarkan ketika tentera Syria sibuk mematahkan serangan pengganas di Quneitra.

"Tindakan ini tidak akan menghentikan perjuangan angkatan tentera kami melawan kumpulan pengganas yang beroperasi berdekatan dengan sempadan Israel," kata sumber itu.

Rejim Zionis menduduki Tebing Golan sejak Perang Tujuh Hari yang tercetus pada tahun 1967 dan mereka mengilhakan wilayah itu pada tahun 1981. Masyarakat antarabangsa walau bagaimanapun masih belum mengiktiraf proses pengilhakan rejim tersebut. -Sputnik

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram