Bukti Jenayah Israel

  • News Code : 855648
  • Source : Sinar Harian
Brief

Peguam dan aktivis hak asasi manusia Palestin telah mengemukakan dokumen setebal 700 muka surat yang mengandungi bukti kekejaman rejim Zionis termasuk dasar aparteid, jenayah kemanusiaan dan penganiayaan di Tebing Barat serta Baitulmaqdis Timur kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Peguam dan aktivis hak asasi manusia Palestin telah mengemukakan dokumen setebal 700 muka surat yang mengandungi bukti kekejaman rejim Zionis termasuk dasar aparteid, jenayah kemanusiaan dan penganiayaan di Tebing Barat serta Baitulmaqdis Timur kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Kelmarin, kumpulan itu dalam satu kenyataan menggesa ICC membuka siasatan penuh ke atas situasi di wilayah Palestin untuk menamatkan jenayah, sekali gus mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Difahamkan, dokumen itu bertujuan memberi bukti terhadap siasatan awal yang dilancarkan pada 2015 oleh tribunal berpusat di The Hague itu.

Pengarah Pusat Hak Asasi Palestin, Raji Sourani menyifatkan pemindahan pendatang haram Yahudi sebagai jenayah perang yang unik kerana ia turut melibatkan rampasan tanah secara besar-besaran dan kemusnahan harta benda penduduk Palestin.

Di bawah Statut Rom, mana-mana pihak boleh menghantar butiran tentang jenayah yang berlaku, namun ia tidak bermakna mahkamah terbabit akan membuka siasatan penuh dan masih tidak jelas berapa lama tempoh akan diambil ke atas siasatan awal terhadap kes dikemukakan Palestin tersebut.

Terdahulu, Presiden Mahmoud Abbas menggesa PBB supaya menghentikan dasar aparteid Israel ke atas Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya kegiatan penempatan haram di wilayah tersebut.

Sejak 1967, kira-kira 600,000 pendatang Yahudi tinggal di lebih 230 penempatan haram di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. - Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram