Daesh Rekrut Belia Secara Paksa

  • News Code : 818960
  • Source : Berita Harian
Brief

Militan Daesh dikesan memaksa belia lelaki di barat Mosul menganggotai pasukan mereka bagi menangkis serangan tentera kerajaan Iraq.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Militan Daesh dikesan memaksa belia lelaki di barat Mosul menganggotai pasukan mereka bagi menangkis serangan tentera kerajaan Iraq.

Sumber pegawai memberitahu, tindakan itu membuktikan militan berkenaan semakin terdesak menghadapi pertempuran itu. Beberapa pelarian yang ditemui berkata, kumpulan militan itu memaksa pemuda kampung berjuang untuk mereka dan menjadikan penduduk kampung sebagai perisai.

Mereka juga dikatakan bersembunyi dalam kediaman penduduk. Seorang bekas kakitangan kerajaan, Ali, berkata, beliau terpaksa menyembunyikan anak lelakinya di ruang bawah tanah ketika anggota Daesh melakukan pencarian rekrut baharu. "Saya dapat rasakan mereka hampir kalah.

Saya sorok anak lelaki di ruang bawah tanah dan memberitahu mereka supaya membunuh saya dahulu jika ingin mengambil anak saya itu," katanya. Sementara itu, Polis Elit Persekutuan dan Unit Tindakan Pantas hari ini kembali berjaga-jaga selepas serangan ke atas Masjid Nuri di barat Bandar Lama Mosul.

Ribuan orang awam dan penduduk pula mengambil kesempatan kabus tebal dan hujan lebat untuk melarikan diri daripada Daesh dan berlindung dengan pasukan kerajaan. - REUTERS


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram