Daesh Tinggalkan Isteri Dan Anak-Anak Seramai 1,400 Orang

  • News Code : 853518
  • Source : ABNA24
Brief

Setelah dihalau keluar dari Tal Afar, para anggota kumpulan pengganas Takfiri Daesh dilaporkan telah meninggalkan isteri dan anak-anak yang berjumlah sekitar 1,400 orang di bandar itu. Kesemua mereka kini berada di bawah penjagaan kerajaan Iraq.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setelah dihalau keluar dari Tal Afar, para anggota kumpulan pengganas Takfiri Daesh dilaporkan telah meninggalkan isteri dan anak-anak yang berjumlah sekitar 1,400 orang di bandar itu. Kesemua mereka kini berada di bawah penjagaan kerajaan Iraq.

Menurut pegawai keselamatan dan bantuan Irak, mereka yang tertinggal kebanyakannya berasal dari Rusia, Turki, negara-negara Asia Tengah dan juga Eropah.

Para pegawai Iraq kini sedang berusaha untuk mengesahkan identiti serta kewarganegaraan mereka kerana kebanyakan wanita tersebut telah kehilangan dokumen pengenalan diri mereka. Sebahagian pula tidak mempunyai dokumen tersebut kerana telah memusnahkannya sebelum ini.

Para wanita dan kanak-kanak itu kini ditempatkan di sebuah kem khusus yang mana mereka tidak dibenarkan keluar daripada fasiliti tersebut. 

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi pada 31 Ogos lalu mengumumkan bahawa bandar utara Tal Afar dan seluruh wilayah Nineveh telah dibersihkan daripada elemen kumpulan Takfiri Daesh.

Kerajaan Iraq juga dilaporkan sedang berunding dengan kedutaan negara-negara terbabit untuk menghantar pulang para wanita dan kanak-kanak tersebut.

"Saya mahu pulang (ke Perancis) tetapi tidak tahu bagaimana," kata seorang wanita Chechen yang berbahasa Perancis dan mendakwa bahawa dia berasal dari ibu kota Paris. Dia juga mengatakan bahawa dia tidak tahu mengenai keberadaan suaminya yang membawanya ke Iraq untuk menyertai pengganas.

Sesetengah wanita juga mendakwa bahawa mereka ditipu oleh suami mereka sehingga menyertai kumpulan pengganas ketika melawat Turki.

"Ibu saya tidak tahu di mana saya berada," kata seorang wanita Perancis berketurunan Algeria. "Saya baru melahirkan anak perempuan ini tiga bulan lepas ... Dia -si suami- berkata 'mari kita pergi bercuti selama seminggu di Turki.' Dia juga telah membeli tiket pesawat dan menempah hotel terlebih awal," katanya. -ABNA24

/315



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram