Damsyik Buat Bantahan Ke Atas Serangan Dan Penjahan Turki Di Syria

Damsyik Buat Bantahan Ke Atas Serangan Dan Penjahan Turki  Di Syria

Damsyik telah menghantar bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung kempen ketenteraan Turki di kawasan utara negara Arab itu sambil menyifatkan operasi tersebut sebagai "serangan dan penjajahan" ke atas wilayah Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Damsyik telah menghantar bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung kempen ketenteraan Turki di kawasan utara negara Arab itu sambil menyifatkan operasi tersebut sebagai "serangan dan penjajahan" ke atas wilayah Syria.

Ankara terus menyebarkan "pembohongan" berhubung kempen ketenteraannya ke atas Syria dan cuba mempertahankan tindakan tersebut dengan alasan bahawa operasi itu bersifat defensif, baca surat yang diutuskan kepada ketua PBB dan pengerusi Majlis Keselamatan oleh Kementerian Luar Syria.

"Republik Arab Syria menekankan bahawa kehadiran mana-mana tentera asing di wilayahnya tanpa keizinan terdahulu merupakan sebuah tindakan serangan dan penjajahan yang pasti akan ditangani dengan asas yang sama," kata kementerian itu lagi.

Operasi tentera Turki di Syria, menurut kenyataan itu merupakan sebuah pencabulan terhadap piagam PBB sendiri.

Kementerian Menteri Luar Syria menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk "tidak membenarkan mana-mana negara anggota untuk menggunakan kekerasan yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa ataupun menggunakan piagam berkaitan untuk mengesahkan sikap agresif yang kejam mereka."

Turki melancarkan Operasi Ranting Zaitun di bandar Afrin pada 20 Januari lepas dalam rangka menghapuskan kumpulan YPG Kurdis yang dianggap Ankara sebagai pertubuhan pengganas. Mereka turut menuduh YPG sebagai salah sebuah cabang kepada Parti Pekerja Kurdis (PKK) di negara Arab Syria.

Turki turut memberi amaran bahawa serangan di Afrin mungkin akan melimpah ke bandar Manbij, Syria. -ABNA24



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky