Delegasi As Dibaling Telur

Delegasi As Dibaling Telur

Kumpulan penunjuk perasaan di Palestin, kelmarin bertindak membaling telur terhadap delegasi Amerika Syarikat (AS) untuk menyuarakan kemarahan mereka terhadap Washington yang bermusuhan dengan Palestin dan berpihak kepada rejim Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan penunjuk perasaan di Palestin, kelmarin bertindak membaling telur terhadap delegasi Amerika Syarikat (AS) untuk menyuarakan kemarahan mereka terhadap Washington yang bermusuhan dengan Palestin dan berpihak kepada rejim Israel.

Terdahulu, puluhan penduduk Palestin berhimpun di luar pusat penyelidikan dan pengundian berhampiran Ramallah di mana wakil dari AS termasuk anggota Majlis Bandar Raya New York dan kumpulan masyarakat sivil sedang mengadakan lawatan.

“AS tidak dialu-alukan di Palestin! Baitulmaqdis adalah ibu negara Palestin!” laung kumpulan protes itu ketika mereka cuba memasuki premis itu.

Ketika delegasi tersebut mahu meninggalkan pusat terbabit, beberapa penduduk Palestin nekad melemparkan telur dan sayur ke arah mereka serta mengejar bas membawa kumpulan terbabit hingga memaksa pelawat dari AS itu dibawa keluar dari bandar tersebut dengan diiringi pihak berkuasa.

Kumpulan penunjuk perasaan itu turut mengibarkan bendera Palestin dan membawa plakad anti-AS tertera, ‘AS adalah sebahagian daripada masalah dan bukan penyelesai masalah’.

Mereka juga menuntut penghapusan penempatan haram Israel dari wilayah Palestin dengan menggunakan hashtag #HandsOffJerusalem.

Disember lalu, keputusan unilateral Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel telah mencetuskan kemarahan Palestin dan seluruh masyarakat antarabangsa.

Susulan itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bertindak tegas menolak penglibatan Washington sebagai pengantara rundingan damai Israel-Palestin dalam mencapai penyelesaian dua negara bagi menamatkan konflik selama beberapa dekad di Timur Tengah. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky