Dron Yaman Sasar Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

Dron Yaman Sasar Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

Tentera Yaman dan sekutunya telah melancarkan serangan dron ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai sebagai tindakan balas terhadap peranan Emiriyah Arab Bersatu di dalam menyerang neagra miskin itu di bawah pakatan yang diketuai oleh rejim Arab Saudi ke atas, lapor stesyen televisyen tempatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Yaman dan sekutunya telah melancarkan serangan dron ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai sebagai tindakan balas terhadap peranan Emiriyah Arab Bersatu di dalam menyerang neagra miskin itu di bawah pakatan yang diketuai oleh rejim Arab Saudi ke atas, lapor stesyen televisyen tempatan.

Sebuah dron yang dinamakan Samad-3 telah dilancarkan tentera Yaman dan sekutu mereka pada awal hari Ahad untuk menyerang lapangan terbang ketiga tersibuk di dunia itu, lapor rangkaian TV al-Masirah yang memetik sumber yang bertugas di dalam unit dron tentera Yaman.

Tentera Yaman dan sekutu mereka pada bulan Ogos lepas mengumumkan serangan pertama mereka ke atas lapangan terbang Dubai dengan mengatakan bahawa serangan itu telah berjaya mengganggu lintasan trafik udara infrastruktur tersebut. Akan tetapi, pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu menafikan dakwaan itu secara mutlak.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky