Duterte Ikrar Teruskan Perang Dadah

Duterte Ikrar Teruskan Perang Dadah

Presiden Rodrigo Duterte, semalam berikrar mengekalkan momentum kempen perang dadah di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Rodrigo Duterte, semalam berikrar mengekalkan momentum kempen perang dadah di negara itu.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika sidang bersama Kongres yang mana Duterte menyifatkan 'perjuangan' itu tidak akan pernah terhenti.

Duterte yang telah memegang tampuk pemerintahan selama dua tahun juga meminta Kongres meluluskan undang-undang memberikan kontrak buruh kepada jutaan individu dalam sektor pekerjaan jangka pendek, melindungi alam sekitar dan memberi hak kepada minoriti Islam untuk memerintah sendiri.      

Difahamkan, ribuan aktivis dan kumpulan berpusat di gereja berhimpun di luar Kongres mengecam dasar antiorang miskin dan pencabulan hak asasi yang meluas di negara itu. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky