Enggan Main Bola Di Iran, Konfederasi Asia Benarkan Pindah Perlawanan

  • News Code : 847519
  • Source : Free Malaysia Today
Brief

Perlawanan kelayakan Piala Dunia Iraq menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan depan dipindahkan dari Tehran ke ibu negara Jordan, Amman, kata jurucakap Persatuan Bola Sepak Iraq (IFA) kepada Reuters semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perlawanan kelayakan Piala Dunia Iraq menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan depan dipindahkan dari Tehran ke ibu negara Jordan, Amman, kata jurucakap Persatuan Bola Sepak Iraq (IFA) kepada Reuters semalam.

Iraq bermain majoriti perlawanan di tempat sendiri dalam fasa akhir kejohanan kelayakan Asia Piala Dunia di Iran atas sebab keselamatan. Piala Dunia bakal diadakan di Rusia tahun depan.

Persatuan Bola Sepak UAE bagaimanapun meminta Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menukar lokasi pertemuan 5 September nanti yang sepatutnya diadakan di Stadium PAS di ibu negara Iran. Jurucakap IFA berkata tiada sebab diberikan untuk menular lokasi perlawanan.

Iraq bermain 3 perlawanan di tempat sendiri menentang Jepun, Australia dan Thailand di Iran, manakala pertembungan dengan pasukan Arab Saudi tahun lalu diadakan di Malaysia.

Arab Saudi dan UAE merupakan sekutu rapat dan kedua-duanya mempunyai hubungan tegang dengan Iran.

Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) baru-baru ini membenarkan Iraq bermain perlawanan persahabatan di Basra di selatan Iraq, tetapi keizinan itu tidak diberi kepada perlawanan biasa.

Berdepan 2 lagi pusingan kelayakan Piala Dunia, Iraq tidak berpeluang untuk memasuki perlawanan akhir. UAE perlu menumpaskan Iraq dan Arab Saudi pada 29 Ogos sekiranya berharap untuk memperoleh kemunculan pertama mereka di Piala Dunia sejak 1990. -Reuters


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram