Erdogan, Putin Bincang Isu Syria Pada Isnin

Erdogan, Putin Bincang Isu Syria Pada Isnin

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan akan bertemu rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin di bandar peranginan Sochi pada Isnin, antara lain akan membincangkan isu Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan akan bertemu rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin di bandar peranginan Sochi pada Isnin, antara lain akan membincangkan isu Syria.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu kepada pemberita pada sidang media di Islamabad, Pakistan, lapor agensi berita Xinhua.

"Turki sedang berusaha untuk gencatan senjata dapat dilaksanakan di Idlib. Usaha akan diteruskan dengan Iran dan Rusia selain platform antarabangsa," katanya.

Pada minggu lalu, Erdogan bertemu pemimpin Iran dan Rusia di Tehran untuk sidang kemuncak krisis di Syria, di tengah kebimbangan ekoran peningkatan pertempuran antara pihak kerajaan dan pemberontak di wilayah Idlib. –Bernama


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky