Erdogan Umum Langkah Tit For Tat Ke Atas A.S

Erdogan Umum Langkah Tit For Tat Ke Atas A.S

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, hari ini memaklumkan Ankara akan membekukan aset 'menteri dalam negeri dan kehakiman' Amerika Syarikat (AS) sebagai langkah tit for tat terhadap sekatan dikenakan Washington susulan penahanan seorang pastor dari negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, hari ini memaklumkan Ankara akan membekukan aset 'menteri dalam negeri dan kehakiman' Amerika Syarikat (AS) sebagai langkah tit for tat terhadap sekatan dikenakan Washington susulan penahanan seorang pastor dari negara itu.

"Hari ini, saya mengarahkan langkah pembekuan itu jika mereka mempunyai apa-apa aset berkaitan," katanya yang disiarkan stesen TV.

Sejak akhir bulan lalu, Presiden AS, Donald Trump telah meningkatkan tekanan ke atas negara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) itu berikutan sebuah mahkamah di Turki mengenakan hukuman tahanan rumah ke atas pastor, Andrew Brunson selepas dihukum penjara 21 bulan.

Brunson yang mengendalikan sebuah gereja kecil di Ankara selama lebih 20 tahun ditahan pada Disember 2016 selepas didakwa membantu kumpulan yang melancarkan cubaan rampasan kuasa dua tahun lalu.

Rabu lalu, Rumah Putih mengumumkan ia membekukan aset Menteri Kehakiman, Abdulhamit Gul dan Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu selain turut melarang rakyat AS berurusan dengan kedua-dua individu terbabit. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky