Gambar Kuil Yahudi Ketiga Di Haram Al-Sharif Dikecam

Gambar Kuil Yahudi Ketiga Di Haram Al-Sharif Dikecam

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Israel, David Friedman berdepan kritikan banyak pihak selepas beliau bergambar dengan imej Baitulmaqdis memaparkan Kuil Yahudi Ketiga 'menggantikan' Masjid Kubah Batu (Dome of Rock).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Israel, David Friedman berdepan kritikan banyak pihak selepas beliau bergambar dengan imej Baitulmaqdis memaparkan Kuil Yahudi Ketiga 'menggantikan' Masjid Kubah Batu (Dome of Rock).

Gambar itu diambil ketika Friedman mengadakan lawatan ke bandar Bnei Brak berhampiran Tel Aviv anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Achiya yang membantu pelajar kurang upaya.

Achiya bagaimanapun memohon maaf atas perkara itu yang disifatkan sebagai 'perbuatan politik murah' oleh kakitangan mereka.

Sementara itu, Kedutaan AS di Israel yang baharu berpindah dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada minggu lalu memaklumkan Friedman kononnya tidak menyedari tentang 'perubahan' pada poster tersebut.

"Dasar AS adalah jelas, kami menyokong status quo Haram al-Sharif," menurut kedutaan itu dalam satu kenyataan.

Pengguna media sosial turut mengecam perbuatan itu yang dilihat sebagai sokongan tersirat AS terhadap kumpulan pelampau Yahudi yang mahu meneruskan rancangan jahat mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu untuk membangunkan kuil ketiga tersebut.

"Mereka akan memusnahkan Haram al-Sharif jika Presiden Donald Trump memberi lampu hijau untuk berbuat demikian," kata pengguna Twitter, Ali Askar.

Sementara itu, penduduk Palestin, Mohamed Nashwan menyelar sikap berdiam diri pemimpin Arab.

"Sampai bila kita mahu berdepan tindakan biadab seumpama ini tanpa reaksi tepat daripada pemimpin di rantau ini," ujarnya. - al-Jazeera


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky