Gencatan Senjata Di Syria Langkah Penting Dalam Memerangi Keganasan: A.S

  • News Code : 841293
  • Source : ABNA24
Brief

Perjanjian gencatan senjata di antara Amerika Syarikat dan Rusia adalah sebuah langkah penting di dalam kempen memerangi keganasan, kata Penasihat Keselamatan Kebangsaan A.S, H.R McMaster.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perjanjian gencatan senjata di antara Amerika Syarikat dan Rusia adalah sebuah langkah penting di dalam kempen memerangi keganasan, kata Penasihat Keselamatan Kebangsaan A.S, H.R McMaster.

Jeneral A.S itu membuat komen tersebut pada hari Sabtu, sehari selepas Setiausaha Jabatan Negara, Rex Tillerson memuji gencatan senjata yang merangkumi wilayah di barat daya Syria.

"A.S masih komited di dalam memerangi ISIS, membantu menamatkan konflik di Syria, mengurangkan penderitaan dan membolehkan warga Syria pulang ke kampung halaman mereka. Perjanjian ini merupakan sebuah langkah yang penting di dalam mencapai matlamat tersebut," kata McMaster sebelum perjanjian itu mula diimplementesikan oleh pihak terbabit.

Tillerson pada hari Jumaat berkata bahawa usaha terbaharu itu merupakan "petunjuk pertama bahawa A.S dan Rusia mampu bekerjasama di Syria."

Menurut laporan, perjanjian ini bukanlah perjanjian pertama seumpamanya di Syria. Sebelum ini, Presiden Barrack Obama pernah menyetujui sebuah perjanjian gencatan senjata pada September lepas.

Di sebalik dakwaan A.S bahawa mereka mahu memerangi keganasan di Syria, Washington dan Moscow menyokong pihak yang berperang di antara satu sama lain di negara Arab itu. Moscow menyokong kerajaan sah pimpinan Presiden Bashar Al-Assad manakalan Washington pula menyokong pihak pembangkang yang mengangkat senjata di Syria.

Iran menganggap semakan semula Washington ke atas polisi mereka di Syria hanya menunjukkan perubahan taktikal semata-mata tanpa menzahirkan perubahan radikal ke atas matlamat asli mereka di negara Arab itu. -ABNA24 


/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram