Isu Palestin-Israel: Raja Jordan Jumpa Trump 25 Jun

Isu Palestin-Israel: Raja Jordan Jumpa Trump 25 Jun

Raja Jordan, Raja Abdullah akan bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Rumah Putih pada 25 Jun ini bagi membincangkan proses damai Palestin-Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Raja Jordan, Raja Abdullah akan bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Rumah Putih pada 25 Jun ini bagi membincangkan proses damai Palestin-Israel.

"Raja Abdullah dan isteri dijadualkan bertemu pegawai kanan pentadbiran Trump dan anggota Kongres," kata jurucakap istana Raja Jordan dalam satu kenyataan.

Jordan yang juga sekutu AS, adalah antara dua negara Arab, selain Mesir yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel.

Sementara itu, Rumah Putih memaklumkan Trump berharap pertemuan itu akan terus merapatkan hubungan AS dan Jordan.

Kedua-dua pemimpin akan membincangkan pelbagai isu membabitkan kepentingan bersama, termasuk memastikan keamanan berpanjangan antara Israel dan Palestin.- AFP/Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky