Guatemala Pindah Kedutaan Ke Baitulmaqdis Mei Ini

Guatemala Pindah Kedutaan Ke Baitulmaqdis Mei Ini

Guatemala dijangka membuka kedutaannya di Baitulmaqdis Mei ini, dua hari selepas Amerika Syarikat (AS) berbuat demikian.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Guatemala dijangka membuka kedutaannya di Baitulmaqdis Mei ini, dua hari selepas Amerika Syarikat (AS) berbuat demikian.

Perkara itu diumumkan Presiden Jimmy Morales semasa berucap pada persidangan tahunan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Amerika Israel atau AIPAC di Washington pada Ahad.

Pengumuman bekas pelawak itu disambut tepukan gemuruh para hadirin.

"Kami (Guatemala) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel," katanya.

Difahamkan, kedutaan AS dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada 14 Mei ini sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-70 rejim Israel.

Presiden AS, Donald Trump mengumumkan pada Disember tahun lalu bahawa AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sekali gus membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. – AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky