Hanya 11.4% Warga Gaza Ada Akses Air

Hanya 11.4% Warga Gaza Ada Akses Air

Biro Perangkaan Pusat Palestin (PCBS) mendedahkan permasalahan terbesar penduduk Gaza baru-baru ini apabila mendedahkan hanya 11.4 peratus warganya mempunyai akses kepada air minuman yang bersih dan selamat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Biro Perangkaan Pusat Palestin (PCBS) mendedahkan permasalahan terbesar penduduk Gaza baru-baru ini apabila mendedahkan hanya 11.4 peratus warganya mempunyai akses kepada air minuman yang bersih dan selamat.

Pendedahan itu dibuat dalam satu risalah yang turut memaklumkan aspek lain di Gaza termasuk alam sekitar sebagai menyambut Hari Alam Sekitar Dunia, lapor portal Palestine News Network (PNN).

Sambutan itu adalah salah satu inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan meningkatkan kesedaran dan tindakan global bagi melindungi alam sekitar.

Angka ini meningkat lebih tinggi kepada 95.1 peratus bagi penduduk Palestin di Tebing Barat.

Tindakan Israel memusnahkan loji tapisan air di Gaza adalah antara sebab penduduk mengalami kesukaran mendapat bekalan air bersih.

Negara Yahudi itu memberi alasan melakukan serangan ke atas kemudahan awam itu sebab ia dibina secara haram.

Laporan yang membimbangkan oleh PCBS mengenai keselamatan air disiarkan ketika pertubuhan Save the Children melaporkan keadaan mental penduduk Gaza.

Hasil penyelidikannya memberi amaran bahawa kanak-kanak Gaza berada di ambang krisis kesihatan mental dengan 95 peratus golongan muda menunjukkan petanda mengalami tekanan psikologi. - Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky